APA ITU KEMISKINAN HAID?

Kemiskinan haid merupakan isu global yang memberi kesan kepada perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan yang;

1. Tidak mempunyai akses kepada produk haid/kebersihan yang selamat dan bersih.

Dan/atau-

2. Tidak dapat menguruskan haidnya dengan bermaruah disebabkan oleh stigma masyarakat.

Ia juga bukan hanya merujuk kepada individu yang tidak mempunyai akses kepada produk haid/kebersihan sahaja, tetapi juga keadaan yang sangat terhad sehingga terpaksa menggunakan pembalut wanita dalam masa yang lama, di mana ini akan menyebabkan jangkitan. – UNESCO

Elemen lain seperti akses kepada air bersih, sabun atau produk kebersihan di tandas awam dan ilmu pengurusan haid perlu diberikan perhatian segera untuk membantu meningkatkan kesedaran berhubung isu kemiskinan haid di Malaysia.


Kaji Selidik Kempen #PEDULIMERAH di Media Sosial Kemaskini 30 Jan 2021