Kata mereka
Perempuan harus belajar
Hidup dengan cela
Walau sakit yang ditanggung
Cuma sebahagian daripada menjadi manusia
Kata mereka
Titik merah itu hina
Meski ia cuma
Kitaran yang menyucikan
Kata mereka
Peduli apa?
Meski tak semua
Punya kemudahan dan kemampuan
Dan pada hari ini
Kata kita
Tiada lagi perbezaan
Cuma kesedaran
Lalu kuhulurkan tangan
Untukmu, perempuan
Oleh Anis Nadia
Dr Anis Nadia Ismail merupakan pensyarah pelatih di Kulliyyah Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang Pergigian Kesihatan Awam. Beliau bergiat aktif dalam misi-misi kemanusiaan sejak 2013 dan merupakan pengasas bersama Pertubuhan Amal Yalla. Penggemar sastera dan seni sejak kecil, Dr Anis berharap dapat menyampaikan mesej-mesej yang mampu mengubah dunia melalui bait-bait puisi yang dinukilkan.