SEMANISMANISNISA

ribut mengamuk
mencakar-carik tanah dan bunga
darah memilih
merah
dipilih luka
dan sejiwa mengenggam bara perit
berpaut pada sakti tuk menahan nyawa

kebobrokan meruji
kunyahan bangsawan lancung
– jahil maha membuta tuli
tentang kemiskinan yang melanda
kota-kota telang

perempuan merupakan kuntuman
yang disucikan Tuhan
menjadi semanismanisnisa

Dek, MH2647
22 November 2021
Khairun S.


Khairun S. ialah nama pena Khairun Syazwan bin Hj. Maharup. Anak kelahiran Borneo Utara/Sabah ini merupakan graduan pada tahun 2019 dalam bidang Sarjana Hubungan Antarabangsa & Diplomasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Bergiat aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) dan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRMuslim) ataupun dikenali sebagai Momogun Muslim. Meminati sastera serta cenderung dalam penulisan puisi sejak di bangku sekolah dan mula menghantar karya di majalah sekolah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: