Saya terpanggil untuk memberi komentar mengenai isu kemiskinan haid yang hangat diperkatakan terutama isu mengenai ada golongan wanita di kalangan keluarga B40 yang sanggup mengandung kerana tidak mampu membeli tuala wanita. Dan membaca komen/thread/post orang ramai agak menyedihkan betapa kurangnya kesedaran bahawa kemiskinan haid memang berlaku dan ini adalah satu perkara kesihatan umum yang serius.

Ok, ramai yang tidak dapat menerima pernyataan ini tetapi sebagai antara yang memperjuangkan dan berada di lapangan memerangi isu ini saya juga turut berduka cita bahawa keadaan ini memang benar. Salah satu punca mereka memilih untuk mengandung adalah juga untuk mengurangkan beban kewangan – supaya tidak payah beli tuala wanita setiap bulan. Seperti anda sekalian juga, of course, saya punya perasaan marah dan menganggap ini sama sekali tidak masuk akal tetapi saya juga sangat mengerti bahawa tidak semua kita ini mempunyai privilege untuk mempunyai akses terhadap pendidikan, ilmu pengetahuan dan juga kita harus sedar bahawa mereka berada di dalam keadaan di mana penyelesaian jangka pendek adalah yang terbaik untuk masa yang mereka ada.

Silalah fahami kemiskinan adalah sesuatu yang menyakitkan. Sesuatu yang begitu sukar dan melibatkan banyak isu. Oleh sebab itulah, saya dan rakan-rakan yang lain percaya bahawa kemiskinan haid ini harus ditangani oleh semua. This vicious cycle of period poverty does effect a life of our girls and women. Inisiatif One Pad One Love (OPOL) yang telah saya dan rakan-rakan usahakan setakat ini telah mampu membekalkan lebih 1 ribu tuala wanita kepada pelajar sekolah, golongan wanita dalam komuniti tempatan mahupun undocumented women & girls. Usaha ini bukanlah usaha individu tetapi terlahir daripada pelbagai organisasi dan gerakan memerangi kemiskinan haid seluruh Malaysia. Hasil solidariti ini dan sokongan orang awam jugalah yang membantu untuk masyarakat membuka mata bahawa kemiskinan haid ini memang berlaku.

Bagi mereka yang masih tidak jelas tentang apakah kemiskinan haid ini, bolehlah mula mendidik diri anda dan masyarakat di sekeliling supaya sedar hal ini boleh ditangani bersama. Peruntukan kit kebersihan yang dikatakan bakal memanfaatkan 130 ribu remaja wanita golongan B40 adalah satu permulaan yang baik, sesuatu kemenangan bagi suara mereka yang terkesan dengan kemiskinan ini.

Sebagai permulaan bolehlah baca sedikit mengenai isu ini.

Apakah itu kemiskinan haid?

Kemiskinan haid adalah situasi di mana seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan pengurusan haid seperti tuala wanita /tampon akibat kemiskinan/kewangan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar perempuan sekolah yang datang daripada keluarga miskin menghadapi masalah ini. Perbelanjaan untuk haid menjadi satu beban kepada keluarga. Oleh itu, ada kes di mana pelajar perempuan memang tidak dapat hadir ke sekolah sepanjang tempoh haid. Mungkin bagi anda semua ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal tetapi buka mata dan buka hati, kemiskinan haid adalah sesuatu yang membimbangkan.

Apakah ini berlaku di Malaysia?

Ya, berlaku dengan parah kerana belum ada statistik yang jelas kerana stigma ke atas isu mengenai haid. Saya mengakui pada pertama kalinya membawakan isu ini, mengumpul tuala wanita dan mengedarkan kepada pelajar, ramai yang ketawa dan mengatakan ‘benda-benda macam ini tak payah lah bagitau orang’. Sedih sebenarnya masa di sekolah, pelajar-pelajar perempuan sembunyikan pad sebab tidak mau diketawakan. I have no idea what on earth is funny about bringing your pads. Anda sekalian boleh layari internet dan taip ‘kemiskinan haid di Malaysia’.

Contoh: https://www.malaysiakini.com/news/595034 (Jangan tutup mata isu kemiskinan haid).

Apakah yang boleh kita lakukan?

Pertama, bebaskan diri anda daripada stigma yang menganggap perbualan mengenai tuala wanita dan datang haid adalah benda yang kotor. Darah kotor memberikan gambaran yang negatif sedangkan menstruasi/datang haid adalah proses normal yang harus dilalui, bantulah memberikan pemberitahuan kepada anak-anak perempuan dan lelaki tentang hal ini. Datang haid bukanlah sesuatu yang pelik dan memalukan. Global Citizen Organization mentioned that period / menstruation is stigmatized around the world and it is attached cultural shame, we need to eliminate this taboo / stigma by normalizing discussion about it. Poor menstrual hygiene can cause physical health risks, period shame has a negative effect on mental health too. All these definitely would stop women & girls to achieve their full potential and it disempower women and girls too. No one should feel embarrassed about a normal biological process. The right to menstruate with dignity is a human right too.

Semoga selepas ini, lebih ramai yang sedar mengenai isu ini. Jangan malu untuk bertanya lebih lanjut dan bersama-sama memerangi isu kemiskinan haid. Langkah pertama, saya menyeru kepada rakan guru supaya kita mewujudkan period first aid kit di sekolah untuk membantu pelajar perempuan/guru-guru wanita yang menghadapi masalah datang haid secara tiba-tiba di sekolah. Period first aid kit ini penting untuk memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru-guru apabila menghadapi masalah menguruskan haid di sekolah.

Nota kecil: sekolah saya sudah mewujudkan period first aid kit di bawah unit bimbingan dan kaunseling. Di dalam period first aid kit ini terdapat tuala wanita, kertas pembungkus, tisu basah dan heat pad-non medical yang boleh digunakan sekiranya masalah senggugut.

Oleh Stella Vee.

Kisah pengalaman kemiskinan haid ini disiarkan dengan kebenaran pengirimTidak dibenarkan sama sekali menyiar ulang tanpa kebenaran.


Cikgu Stella merupakan seorang guru di sekolah menengah awam dan salah seorang pengasas One Pad One Love (Project OPOL) yang bertujuan membantu mengakhiri kemiskinan haid di dalam kalangan pelajar dan keluarga B40. One Pad One Love hasil inisiatif tiga orang pendidik di Sabah iaitu Donna, Stella dan Natta telah berjaya membantu juga mengenal pasti pelajar sekolah B40 di kawasan Kudat, Pitas, Kota Marudu dan Semporna.

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan, klik di sini.


Disiarkan oleh: Nursyuhaidah A Razak

Pengurus Peduli Merah. Jika anda mempunyai pengalaman atau pandangan untuk dikongsikan, boleh hubungi pedulimerah@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: