Dari cerita saya, Endang Hyder

Saya datang dari lingkungan keluarga yang mampu. Istilah mampu di sini adalah dalam lingkungan keistimewaan membuat keputusan untuk membeli keperluan harian, makanan serta peribadi tanpa perlu memikirkan harga barangan tersebut.

Pandemik Covid-19 melanda dan menular di Malaysia bermula pada bulan Mac 2020 dan Malaysia melancarkan total lockdown dan segalanya bermula sejak itu.

Keluarga dan saya masih mampu bertahan kerana simpanan keluarga pada ketika itu boleh dikatakan mencukupi untuk kami bertahan selama 2 tahun bagi melengkapi keperluan 6 orang.

Namun kesihatan ayah saya merosot sejak April 2020 yang mana mempengaruhi keadaan kewangan kami baik simpanan mahupun kewangan semasa.

Keperluan perubatan, kos berulang alik ke hospital setiap hari makin menyukarkan kami bertahan sewaktu pandemik melanda.

Saya merupakan seorang wanita, anak dan juga Ibu kepada 3 cahaya mata.

3 cahaya mata saya sedang dalam proses pembesaran yang memerlukan mereka memiliki diet seimbang untuk menyokong pembesaran mereka.

Dalam keadaan badan yang memiliki proses biologi sempurna, saya akan mengalami kedatangan haid secara normal iaitu selang setiap 20-21 hari dan proses kedatangan haid saya berlangsung selama 5-7 hari.

Penggunaan tuala wanita pakai buang yang diperlukan oleh saya menelan belanja sekitar RM60, kerana saya menggunakan tuala wanita dari bahan yang tidak merengsakan kulit sekitar vagina saya. Dan oleh kerana kekerapan penggantian saya adalah setiap 3 jam.

Sekitar Julai 2020, saya menyedari saya perlu mengurangkan kos bagi memenuhi keperluan makanan ibubapa dan anak-anak maka saya beralih ke jenama tuala wanita yang lebih murah dan penggunaan jenama tuala wanita murah ini hanya menelan belanja sekitar RM15 sepanjang saya kedatangan haid.

RM15 merupakan nilai yang kecil bagi mereka yang mampu… namun bagi keadaan saya ketika itu yang merasakan nilai RM15 boleh dibelanjakan untuk seekor ayam mentah kecil yang mampu mengenyangkan ahli keluarga selama 4 hari, maka saya mencari solusi agar saya tidak perlu membeli tuala wanita.

Ada yang beranggapan kain batik adalah solusi lainnya, namun keperluan membersihkan kain batik serta ‘rawatan’ lain sewaktu wanita kedatangan haid masih memerlukan masa, tenaga dan sumber kewangan.

Rawatan lain ini adalah keadaan wanita yang sewaktu didatangi haid memerlukan pil menstruasi, pad panas bagi keselesaan perut serta perawatan bagi kebersihan vagina sewaktu tempoh menstruasi.

Oleh kerana saya pernah mengalami gangguan polar pemakanan sewaktu berusia 20an, maka solusi lain yang saya terfikir pada ketika itu adalah dengan “berpuasa” agar menstruasi saya terganggu seterusnya akan mengakibatkan saya tidak didatangi haid. Ini bukan sahaja menjimatkan wang bagi keperluan tuala wanita, namun keperluan makanan saya boleh berikan kepada ahli keluarga yang lain.

Bagi mereka yang menggunakan solusi mengandung kerana tidak mahu didatangi haid, saya faham mengapa mereka memilih cara ini dan tidak akan sesekali saya pertikaikan mengapa. Tujuan mereka baik untuk jangka pendek dan panjang, kerana… tuala wanita itu mahal. Wang yang digunakan bagi keperluan membeli tuala wanita ini mampu memberi makanan berkualiti kepada ahli keluarga yang lainnya.

Saya berharap kerajaan mengambil keputusan agar mampu menyalurkan keperluan tuala wanita berkualiti kepada seisi rumah seluruh Malaysia dan membantu wanita mempunyai lebih pengetahuan secara meluas agar mampu berhadapan dan menguruskan kesihatan juga kebersihan diri sewaktu mestruasi.


Artikel dikongsikan Endang Hyder atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder merupakan pemain biola juga seorang youtuber. Beliau seorang graduan Classical Music Studies dari Queen’s University of Belfast. Boleh ikuti beliau di laman sosial media: @endanghyder / Endang Hyder.

Kisah pengalaman kemiskinan haid ini disiarkan dengan kebenaran pengirimTidak dibenarkan sama sekali menyiar ulang tanpa kebenaran.


Disiarkan oleh: Nursyuhaidah A Razak

Pengurus Peduli Merah. Jika anda mempunyai pengalaman atau pandangan untuk dikongsikan, boleh hubungi pedulimerah@gmail.com

4 Comments on “Kemiskinan haid: ”Saya ‘berpuasa’ untuk elak datang haid.”

  1. Pingback: Rela Puasa Supaya Tidak Period, Wanita Tak Mampu Beli Pad Dedah Kemiskinan Haid - Kisah Dunia

  2. Pingback: Rela Pu4sa Supaya Tid4k Peri0d, W4nita Tak M4mpu Beli Pad Ded4h Kemisk1nan H4id – KL MENJERIT

  3. Pingback: Suara Empuan: Terpaksa berlapar kerana miskin haid, apa kata doktor – PEDULI MERAH

  4. Pingback: Suara Empuan: Berlapar kerana miskin haid | Peduli Merah - Hannah.Nazri.org

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: