Suara Empuan: Kesuburan Wanita, Di Mana Anak Saya? (Bahagian 2)

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Nur Sakinah Rosli tentang perjalanannya mendapatkan rawatan demi menimang cahaya mata.


Nur Sakinah Binti Ahmad Rosli graduan jurusan kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dan kini bekerja dalam perusahaan kontraktor sivil. Felo akademik Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) dalam kohort Isu Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli.
Menyumbangkan penulisan di Lestari Hikmah dan Jurnal Sang Pemula. Fokus penelitian pada hal-hal pembangunan, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial. Sakinah bergabung dalam kumpulan bacaan ARTiculator bersama teman-teman Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam mengikuti wacana berkaitan sosiologi, sejarah, politik dan Islam progresif.

Sakinah juga bergerak dalam Persatuan Agroekologi Malaysia untuk Intensifikasi Sumber Lestari  atau Malaysian Agroecology Society for sustainable resource intensification (SRI-Mas), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana aspirasinya adalah untuk memperkasakan masyarakat melalui kesedaran agroekologi dalam amalan pertanian. Sakinah bergiat aktif dalam menghasilkan konten media sosial dan penulisan pamphlet sebagai sebuah usaha advokasi hak petani dan kesedaran alam sekitar dalam menjamin bekalan makanan nasional. Sakinah berdepan dengan masalah kesuburan yang mengakibatkan kesukaran menimang cahaya mata. 

Continue reading “Suara Empuan: Kesuburan Wanita, Di Mana Anak Saya? (Bahagian 2)”

Suara Empuan: Kesuburan Wanita, Di Mana Anak Saya? (Bahagian 1)

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Nur Sakinah Rosli tentang perjalanannya mendapatkan rawatan demi menimang cahaya mata.


Nur Sakinah Binti Ahmad Rosli graduan jurusan kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dan kini bekerja dalam perusahaan kontraktor sivil. Felo akademik Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) dalam kohort Isu Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli. Menyumbangkan penulisan di Lestari Hikmah dan Jurnal Sang Pemula. Fokus penelitian pada hal-hal pembangunan, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial. Sakinah bergabung dalam kumpulan bacaan ARTiculator bersama teman-teman Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam mengikuti wacana berkaitan sosiologi, sejarah, politik dan Islam progresif.

Sakinah juga bergerak dalam Persatuan Agroekologi Malaysia untuk Intensifikasi Sumber Lestari  atau Malaysian Agroecology Society for sustainable resource intensification (SRI-Mas), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mana aspirasinya adalah untuk memperkasakan masyarakat melalui kesedaran agroekologi dalam amalan pertanian. Sakinah bergiat aktif dalam menghasilkan konten media sosial dan penulisan pamphlet sebagai sebuah usaha advokasi hak petani dan kesedaran alam sekitar dalam menjamin bekalan makanan nasional. Sakinah berdepan dengan masalah kesuburan yang mengakibatkan kesukaran menimang cahaya mata.


Continue reading “Suara Empuan: Kesuburan Wanita, Di Mana Anak Saya? (Bahagian 1)”

Lelaki Sembang Haid

Saya senang hati melihat perbincangan haid semakin hari semakin kurang canggung. Saya juga perlahan – lahan membuang silu ketika bercakap tentangnya. Meskipun, saya sudah pun menerima tuduhan tak tahu malu kerana tanpa segan bercakap tentang darah bulanan itu, sejujurnya, ubah muka jadi tembok bukan hal yang mudah. Dan saya masih berusaha mengekalkannya. Bincang haid selalu meresah-malukan. Orang – orang tak mahu bercakap tentangnya kerana haid adalah hal peribadi orang perempuan. Menyebut sedang datang bulan sahaja sudah mencalarkan maruah. Namun kini, dengan perlahan ia menjadi lebih biasa ketimbang ketika saya berumur belasan tahun. Seharusnya begitu. Haid ialah proses semula jadi yang dialami seorang perempuan. Tak patut jadi tabu. Tak perlu canggung dan malu. Setidaknya, itu perkara pertama yang perlu kalian imani. 

Continue reading “Lelaki Sembang Haid”
+

Kemiskinan Haid: 11 Tuntutan Haid Setara

Peduli Merah; iaitu sebuah gerakan kemiskinan haid Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Datuk Seri Nancy binti Shukri di atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kami berharap aspirasi Kerajaan Perpaduan dalam membasmi kemiskinan haid di Malaysia akan terus dinyalakan dan diberi perhatian secara menyeluruh. Perhatian perlu diberikan kepada stigma haid, akses fasiliti dan diskriminasi yang masih membelenggu masyarakat. Pelaksanaan juga perlu dilaksanakan secara bermaruah, selamat dan bebas stigma. Oleh itu, isu kemiskinan haid perlu digerakkan bersama badan-badan kementerian yang lain terutamanya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kerajaan Negeri.

Dengan itu, Peduli Merah ingin mencadangkan 11 tuntutan dalam usaha membasmi kemiskinan haid di Malaysia selain kempen kesedaran dan pemberian produk haid percuma:

PENDIDIKAN

1. Memastikan Silibus Pendidikan Haid dan Seksual Diajar di Sekolah Rendah

Pendidikan haid dan seksual yang diajar di sekolah perlu melibatkan pelajar perempuan dan juga lelaki serta tidak ada keperluan untuk mengasingkan kedua-duanya. Malah, guru tidak boleh memilih untuk tidak mahu mengajar subjek itu kerana tabu. Guru perlu memainkan peranan untuk membina budaya perbincangan yang selamat dan sihat di dalam bilik darjah.

2. Memastikan Tidak Ada Pelajar Tercicir di Sekolah

Selain faktor kewangan dan sakit haid yang teruk, budaya nyahstigma haid di sekolah perlu diperkasakan supaya tidak ada pelajar yang tidak ke sekolah semasa haid kerana malu atau berasa diri kotor. Pihak kerajaan perlu membantu dan memperkasakan sekolah untuk menyediakan persalinan baju bagi pelajar perempuan jika berlaku kebocoran supaya pelajar tidak perlu pulang semasa waktu sekolah.

3. Perkasakan Pendidikan Haid Setara

Modul pendidikan haid setara perlu dirangka dan diselaraskan mengikut kesesuaian lokaliti dan budaya. Selain kitaran haid dan kebersihan, pendidikan seksual dan anatomi reproduksi perempuan, fiqh perempuan (bagi yang beragama Islam) dan kemanusiaan perempuan serta penggunaan cawan haid dan tuala wanita jenis kain perlu didedahkan dengan lebih luas. Badan berautoriti seperti institusi pendidikan dan keagamaan juga tidak boleh mengawal, melarang serta mengenakan tapisan grafik pendidikan haid setara.

PERLINDUNGAN SOSIAL

4. Kuatkuasakan Akta Anti Pemeriksaan Haid Secara Menyeluruh

Pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua ketua jabatan pendidikan negeri yang melarang amalan pemeriksaan haid dilakukan di semua institusi pendidikan negara perlu dikuatkuasakan juga kepada institusi lain di luar bidangkuasa KPM. Akta Anti Pemeriksaan Haid perlu digubal dan dilaksana sebagai langkah permulaan agar setiap golongan rakyat dapat menguruskan haid dengan bermaruah.

5. Perkenal Cuti Haid untuk Pekerja Perempuan

Usul Cuti Haid pernah disuarakan oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago di dalam perbahasan parlimen yang lalu namun mendapat reaksi yang negatif oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Siti Zailah Yusoff. Sebagai makluman umum, pengalaman haid setiap perempuan adalah berbeza lebih lagi mereka yang mengalami penyakit Endometriosis, Ovarian Cyst atau Anemia (kekurangan zat besi dalam darah). Anggapan bahawa Cuti Haid menjadikan pekerja perempuan tidak produktif adalah tidak benar, sebaliknya ia akan lebih meningkatkan produktiviti dan ekonomi kerana persekitaran serta budaya kerja kondusif yang mengutamakan kebajikan dan kesihatan pekerja perempuan.

6. Subsidi Produk Haid Mesra Alam Sekitar

Tuala wanita adalah keperluan asas. Setiap ahli keluarga perempuan atau individu berhak mendapatkan akses produk haid yang cukup untuk keperluan dirinya. Mengikut saranan doktor kesihatan, setiap perempuan yang kedatangan haid perlu menukar tuala wanita setiap 4 hingga 6 jam penggunaan bersamaan 4 atau 6 helai tuala wanita sehari. Kiraan penggunaan tuala wanita selama seminggu boleh mencapai 30 helai untuk seorang ahli keluarga perempuan.

7. Menubuhkan Jawatankuasa Bersama Haid Setara

Bagi memastikan Malaysia dapat mencapai haid setara, kami menggesa pihak kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa bersama untuk terus mengumpul data dan perkasakan kajian tentang kemiskinan haid dan haid setara. Selain dari itu, usaha-usaha dan inisiatif yang dijalankan perlu dipantau dan dinilai dari masa ke semasa.

AKSES KESIHATAN & KEMUDAHAN AWAM

8. Menyediakan Akses Kesihatan yang Mesra Ekonomi Rakyat

Individu boleh mendapatkan rawatan kesihatan haid dan reproduktif atau memohon cuti sakit tanpa diskriminasi gender, malah aspek kesihatan mental juga perlu diambil kira terutamanya individu yang mengalami kemiskinan haid.

9. Menaiktaraf Prasarana Awam dan Menyediakan Ruang Kondusif untuk Menguruskan Haid

Setiap golongan rakyat berhak mendapat akses kepada air yang bersih terutamanya di pedalaman Sabah, tandas yang berfungsi, ruang yang tertutup dan selamat serta sabun basuh tangan bagi pengurusan kebersihan peribadi. Akses fasiliti untuk OKU dan komuniti LGBT juga boleh digunakan secara selamat dan bebas stigma. Tandas sekolah dan tandas awam perlu dinaiktaraf dan kemudian diselenggara dengan kerap bagi memastikan setiap golongan perempuan dapat menguruskan haid. Sistem pelupusan tuala wanita pakai buang juga perlulah mesra alam sekitar.

ETIKA MANUSIAWI

10. Pelaksanaan Bantuan Secara Telus dan Tanpa Diskriminasi

Setiap golongan perempuan termasuk ibu tunggal, keluarga B40, OKU, pelajar, rakan jalanan, Rakyat tanpa warganegara, Orang Asal, komuniti LGBT, migran, pencari suaka Rohingya, Myanmar atau Palestin dan setiap individu di bawah perlindungan UNHCR berhak mendapatkan akses produk haid secara percuma serta akses pendidikan haid yang tepat.

11. Perkasakan Budaya Nyahrasuah

Usaha sama badan-badan kerajaan dan syarikat pembekal tuala wanita mestilah melalui tender terbuka bagi mengelakkan ketirisan dana awam berlaku dan pastinya kami tidak mahu usaha sama yang cuma mengkayakan kroni.

Peduli Merah menyeru kerajaan Malaysia dapat bersama melaksanakan agenda haid setara dalam usaha membasmi kemiskinan haid.

Manifesto Haid Setara
16 November 2022
Kemaskini: 12 Disember 2022

 Disokong oleh:

 Organisasi

1. Malaysian Doctors for Women & Children

2. Sisters In Islam

3. Free Pads for Her

4. Project One Pad One Love (Sabah) 

5. Borneo Komrad (Sabah)

6. Cahaya Society (Sabah)

7. The She Society

8. Project Girls4Girls

9. KUASA

10. BUNGA Pads

11. Persatuan Belia Harmoni Malaysia  (Harmoni)

12. Pad Project My (Sarawak)

13. IIUM Student Union

14. My Cycle Care by ABM Selangor, KL, Putrajaya 

Individu 

1. Dr Hannah Nazri, NIHR Academic Clinical Fellow & Specialty Trainee in Obstetrics & Gynaecology, University of Warwick

2. Dr Rusaslina Idrus, Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. 

3. Dr Azhar Ibrahim, Universiti Kebangsaan Singapura

4. Rabiatul Adawiyah, calon PhD Universiti Mohammed V, Morocco

5. Shakila Zen, Aktivis Alam Sekitar

6. Wan Noor Khuzairey, Penulis

7. Ahmad Muziru Idham, Penulis

8. Virman Juri, Sunway University

9. Sue Emoqwin

10. Mariani Ramli

11. Puteri N. Balqis

12. Eric Shu

13. Nurdiyana Munira Binti Said

14. Nur Sakeenah binti Omar

+

Suara Empuan: Sanggup mengandung elak datang bulan, apa kata doktor

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Dr Hannah Nazri mengenai kemiskinan haid.


Dr Hannah Nazri adalah doktor perubatan dan calon doktor falsafah dalam bidang sakit puan di Universiti Oxford. Fokus kajian beliau adalah endometriosis, penyakit ginekologi yang banyak dialami oleh wanita.

Sebagai finalis 2020 ‘Women of the Future Award UK’ dan felo Harvard Public Health Review, Dr Hannah Nazri amat berminat untuk menggabungkan kareer beliau dalam bidang sakit puan dengan aktiviti-aktiviti advokasi untuk kesaksamaan gender dan pendidikan belia. 


Continue reading “Suara Empuan: Sanggup mengandung elak datang bulan, apa kata doktor”
+ Photo by Anh Nguyen

Suara Empuan: Terpaksa berlapar kerana miskin haid, apa kata doktor

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Dr Hannah Nazri mengenai kemiskinan haid.


Dr Hannah Nazri adalah doktor perubatan dan calon doktor falsafah dalam bidang sakit puan di Universiti Oxford. Fokus kajian beliau adalah endometriosis, penyakit ginekologi yang banyak dialami oleh wanita.

Sebagai finalis 2020 ‘Women of the Future Award UK’ dan felo Harvard Public Health Review, Dr Hannah Nazri amat berminat untuk menggabungkan kareer beliau dalam bidang sakit puan dengan aktiviti-aktiviti advokasi untuk kesaksamaan gender dan pendidikan belia. 


Continue reading “Suara Empuan: Terpaksa berlapar kerana miskin haid, apa kata doktor”
+

Suara Empuan: Endometriosis, segalanya perlukan waktu

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Alyn Sharuddin yang menghidap penyakit Endometriosis.


Alyn Sharuddin ialah seorang pelajar sepenuh masa yang juga aktif dalam lapangan kerja sosial. Berumur 31 tahun, beliau juga merupakan seorang sukarelawan. Alyn berdepan dengan masalah haid yang berpanjangan sehingga beliau akhirnya disahkan menghidap endometriosis.

Endometriosis ialah satu keadaan di mana tisu endometrium menempel di luar rahim. Ini menyebabkan haid tidak berlaku di dalam rahim, sebaliknya di luar.


Continue reading “Suara Empuan: Endometriosis, segalanya perlukan waktu”
+

Suara Empuan: Ovarian Cyst, jangan takut kenal badan sendiri

Suara Empuan merupakan siri wawancara oleh Peduli Merah bertujuan mengangkat pengalaman perempuan yang sering diremehkan. Moga siri ini dapat memberikan keberanian dan maklumat asas kesihatan kepada pembaca. Ikuti siri wawancara bersama Shakila Zen yang mengalami penyakit Left Ovarian Cyst with Adhesive Colic.


Shakila Zen ialah seorang aktivis alam yang tanpa maaf bersuara tentang hak alam sekitar untuk tidak diperlakukan sesuka hati oleh manusia yang candu kekuasaan.

Berumur 29 tahun, Shakila ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) Perhubungan Awam. Beliau juga merupakan Pegawai Media Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).


Continue reading “Suara Empuan: Ovarian Cyst, jangan takut kenal badan sendiri”
+

Lukisan Solidariti Kemiskinan Haid — Kelucuk

Kelucuk merupakan nama lain bagi kelocak yang menggambarkan konflik dalaman seorang wanita.

Sebuah karya oleh Nabiha Mashut. Seorang penulis, penyair, pengkarya dan juga merupakan pereka fesyen muslimah yang mengasaskan Marhuna Apparel Malaysia. Banyak menghasilkan karya eceran yang diterbitkan dalam media tempatan. Berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Calon phd di UiTM dalam Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) yang kini menjalankan kajian tentang seni budaya dan fesyen Islam.

Instagram: @nabihamashut @nabihamashut.art

+

Kemiskinan haid: ”Saya ‘berpuasa’ untuk elak datang haid.”

Dari cerita saya, Endang Hyder

Saya datang dari lingkungan keluarga yang mampu. Istilah mampu di sini adalah dalam lingkungan keistimewaan membuat keputusan untuk membeli keperluan harian, makanan serta peribadi tanpa perlu memikirkan harga barangan tersebut.

Pandemik Covid-19 melanda dan menular di Malaysia bermula pada bulan Mac 2020 dan Malaysia melancarkan total lockdown dan segalanya bermula sejak itu.

Keluarga dan saya masih mampu bertahan kerana simpanan keluarga pada ketika itu boleh dikatakan mencukupi untuk kami bertahan selama 2 tahun bagi melengkapi keperluan 6 orang.

Namun kesihatan ayah saya merosot sejak April 2020 yang mana mempengaruhi keadaan kewangan kami baik simpanan mahupun kewangan semasa.

Continue reading “Kemiskinan haid: ”Saya ‘berpuasa’ untuk elak datang haid.””
+

Kemiskinan haid: ”Emak saya tidak datang haid selama 12 tahun.”

CERITA I

Keluarga saya pernah berada dalam keadaan sukar. Adik-beradik ramai perempuan. Memang mak saya pening kepala nak beli tuala wanita setiap bulan. Tapi, mak juga tak mampu nak sediakan kain pengganti tuala wanita. Kami tinggal di flat. Nak sidai baju pun bersusun lapis sebab basuh baju kami 9 beranak setiap hari.

Mak buat macam-macam kerja – menjahit, mengasuh budak, ambil upah memasak – untuk bantu ekonomi keluarga. Dalam kira-kira emak setiap bulan, perkara yang wajib dibeli ialah beberapa bungkusan besar tuala wanita paling murah untuk empat perempuan dalam keluarga kami.

Continue reading “Kemiskinan haid: ”Emak saya tidak datang haid selama 12 tahun.””
+

Kemiskinan haid: Guru wujudkan ‘period first aid kit’ di sekolah

Saya terpanggil untuk memberi komentar mengenai isu kemiskinan haid yang hangat diperkatakan terutama isu mengenai ada golongan wanita di kalangan keluarga B40 yang sanggup mengandung kerana tidak mampu membeli tuala wanita. Dan membaca komen/thread/post orang ramai agak menyedihkan betapa kurangnya kesedaran bahawa kemiskinan haid memang berlaku dan ini adalah satu perkara kesihatan umum yang serius.

Ok, ramai yang tidak dapat menerima pernyataan ini tetapi sebagai antara yang memperjuangkan dan berada di lapangan memerangi isu ini saya juga turut berduka cita bahawa keadaan ini memang benar. Salah satu punca mereka memilih untuk mengandung adalah juga untuk mengurangkan beban kewangan – supaya tidak payah beli tuala wanita setiap bulan. Seperti anda sekalian juga, of course, saya punya perasaan marah dan menganggap ini sama sekali tidak masuk akal tetapi saya juga sangat mengerti bahawa tidak semua kita ini mempunyai privilege untuk mempunyai akses terhadap pendidikan, ilmu pengetahuan dan juga kita harus sedar bahawa mereka berada di dalam keadaan di mana penyelesaian jangka pendek adalah yang terbaik untuk masa yang mereka ada.

Continue reading “Kemiskinan haid: Guru wujudkan ‘period first aid kit’ di sekolah”