
Kata mereka
Perempuan harus belajar
Hidup dengan cela
Walau sakit yang ditanggung
Cuma sebahagian daripada menjadi manusia
Kata mereka
Titik merah itu hina
Meski ia cuma
Kitaran yang menyucikan
Kata mereka
Peduli apa?
Meski tak semua
Punya kemudahan dan kemampuan
Dan pada hari ini
Kata kita
Tiada lagi perbezaan
Cuma kesedaran
Lalu kuhulurkan tangan
Untukmu, perempuan
Oleh Anis Nadia
Dr Anis Nadia Ismail merupakan pensyarah pelatih di Kulliyyah Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang Pergigian Kesihatan Awam. Beliau bergiat aktif dalam misi-misi kemanusiaan sejak 2013 dan merupakan pengasas bersama Pertubuhan Amal Yalla. Penggemar sastera dan seni sejak kecil, Dr Anis berharap dapat menyampaikan mesej-mesej yang mampu mengubah dunia melalui bait-bait puisi yang dinukilkan.

Sebuah karya dari Fatimah binti Mohd Tajuddin.
Beliau merupakan seorang calon phd di UKM Institut Kajian Etnik (KITA). Beliau sedang mengkaji peranan seni seperti filem indie Malaysia dan menyatukannya dengan pedagogi pendidikan.
Beliau menyokong peranan seni untuk masyarakat dan untuk mengembalikan peranan pendidikan seni dan kemanusiaan dalam kehidupan dan juga advokasi sosial dan politik.


Instagram: fatimahpaintsflowers, fatimahness

Hanya dari sebuah gambar bunga berbentuk vulva untuk sebuah kempen syarikat pengeluar tuala wanita, ia kemudian menjadi menjadi bahan perdebatan panjang di laman sosial hingga seminggu lamanya.
Apalagi sebuah pertubuhan wanita Islam secara terang-terangan mengkritik kempen berkenaan dan mengatakan tindakan syarikat itu seperti tidak menghormati wanita. Teguran itu menyebabkan syarikat berkenaan menarik semula kempen tersebut dan memohon maaf.
Situasi ini kemudian mengundang respons yang pelbagai daripada pengguna media sosial.
Continue reading “Vulva dan dosa-dosa menjadi perempuan”
Kemiskinan haid adalah situasi di mana seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita atau tampon akibat kemiskinan atau beban kewangan.
Bukan itu sahaja, kemiskinan haid juga merujuk kepada kekurangan atau ketiadaan kemudahan sanitasi untuk menguruskan haid seperti tiada bekalan air atau tiada tempat pelupusan sampah (tuala wanita) yang sesuai dan privasi untuk menguruskan haid.
Situasi ini mungkin kedengaran janggal bagi kebanyakan masyarakat, namun ia adalah mimpi ngeri bagi beberapa kelompok berisiko termasuk wanita luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar dalam menghadapi hari-hari mereka didatangi haid.
Keadaan dilihat menjadi lebih serius ketika ramai yang terkesan selepas kehilangan kerja dan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Continue reading “Kemiskinan haid makin meresahkan”
Setiap bulan, Wan Alifa Wan Izzat berdepan kesukaran apabila terputus bekalan tuala wanita ketika datang bulan untuk tempoh lima hingga sembilan hari. Suri rumah berusia 31 tahun itu berkata, keadaan menjadi lebih parah sejak pandemik Covid-19 melanda.
Katanya, sekitar Mei tahun lalu, beliau berada dalam kesempitan wang yang memaksanya menggunakan kain perca atau tuala lama yang dipotong-potong kecil sebagai ganti kepada tuala wanita disebabkan ketiadaan wang.
“Biasanya, ada juga beli tuala wanita paket kecil, tahan untuk tiga hari, tapi selepas Covid-19, suami tak mampu lagi sediakan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Continue reading “‘Kemiskinan haid’ melanda miskin bandar ketika pandemik berterusan”PETALING JAYA: Kemiskinan haid bukan semata-mata ketidakupayaan mendapatkan tuala sanitari namun turut melibatkan aspek lain yang tidak diberikan perhatian, kata pengkaji. Ahli akademik, Dr Fatimah al-Attas berkata, aspek itu hanya meliputi 1/4 bahagian daripada perbincangan sebenar permasalahan tersebut.
Tegasnya, elemen lain seperti akses kepada air bersih, sabun atau produk kebersihan di tandas awam dan ilmu pengurusan haid perlu diberikan perhatian segera untuk membantu meningkatkan kesedaran berhubung isu itu.
“Untuk kerja kesedaran ke depan, kita mahu semua orang bercakap tentang isu ini. Ini bukan isu wanita sahaja tapi melibatkan semua pihak,” katanya ketika dihubungi FMT.
Continue reading “‘Kemiskinan haid’ bukan semata-mata bincang tuala wanita, kata pengkaji”
Tiada lagi laporan di surat khabar wanita mati kerana haid. Di Malaysia, wanita tidak perlu tidur di luar rumah kerana haid. Kita tidak mengamalkan tradisi kuno Chhaupadi seperti di Nepal yang menindas wanita dan memaksa mereka mengasingkan diri dari komuniti sehinggakan wanita tidak boleh turut serta dalam sebarang aktiviti setempat ketika sedang haid.
Namun begitu, masyarakat di Malaysia masih mempunyai stigma tentang haid yang sering disinonimkan dengan “tidak suci” dan “kotor”. Kita tidak melihat haid sebagai ruang menstruasi wanita yang perlu dipentingkan bersama. Kita tidak berfikir bagaimana keadaan wanita-wanita yang tinggal di bahu jalan menguruskan haid mereka?
Continue reading “#PEDULIMERAH: Kemiskinan haid dan apa yang berlaku?”
THE issue of period poverty, which is defined as inability of a menstruating person to access sanitary products due mainly to financial constraints, has been receiving some attention in the Malaysian media of late.
Reports on women and girls who do not have enough resources to purchase sanitary pads are still surprising to some people even though there have been efforts by individuals and groups to create awareness about the issue.
Continue reading “Lifting taboo on menstruation”