Kategori: Pandangan

Lelaki Sembang Haid

Saya senang hati melihat perbincangan haid semakin hari semakin kurang canggung. Saya juga perlahan – lahan membuang silu ketika bercakap tentangnya. Meskipun, saya sudah pun menerima tuduhan tak tahu malu kerana tanpa segan bercakap tentang darah bulanan itu, sejujurnya, ubah muka jadi tembok bukan hal yang mudah. Dan saya masih berusaha mengekalkannya. Bincang haid selalu meresah-malukan. Orang – orang tak mahu bercakap tentangnya kerana … Read More Lelaki Sembang Haid

+

Kemiskinan Haid: 11 Tuntutan Haid Setara

Peduli Merah; iaitu sebuah gerakan kemiskinan haid Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Datuk Seri Nancy binti Shukri di atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kami berharap aspirasi Kerajaan Perpaduan dalam membasmi kemiskinan haid di Malaysia akan terus dinyalakan dan diberi perhatian secara menyeluruh. Perhatian perlu diberikan kepada stigma haid, akses fasiliti dan diskriminasi yang masih membelenggu masyarakat. Pelaksanaan … Read More Kemiskinan Haid: 11 Tuntutan Haid Setara

+

Kemiskinan haid: ”Emak saya tidak datang haid selama 12 tahun.”

CERITA I Keluarga saya pernah berada dalam keadaan sukar. Adik-beradik ramai perempuan. Memang mak saya pening kepala nak beli tuala wanita setiap bulan. Tapi, mak juga tak mampu nak sediakan kain pengganti tuala wanita. Kami tinggal di flat. Nak sidai baju pun bersusun lapis sebab basuh baju kami 9 beranak setiap hari. Mak buat macam-macam kerja – menjahit, mengasuh budak, ambil upah memasak – … Read More Kemiskinan haid: ”Emak saya tidak datang haid selama 12 tahun.”