
Sebuah usaha kolektif pencerahan isu kemiskinan haid di Malaysia.
#PEDULIMERAH bermula dari kempen yang dilancarkan GE.RA/ Malaysia (Gerak) pada 22 Disember 2019, seterusnya dengan jaringan solidariti kami membentuk usaha kolektif ini yang diseliakan bersama pengkaji juga pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Dr Sharifah Fatimah AlZahrah Al-Attas. Beliau merupakan graduan dari Victoria University of Wellington dan sekarang sedang mengkaji isu kemiskinan haid di Malaysia dalam kalangan belia. Tujuan #PEDULIMERAH adalah untuk membentuk gabungan gerak kerja jangka masa panjang bagi menyampaikan maklumat yang selaras dan tepat mengenai kemiskinan haid. Seterusnya, merealisasikan manifesto utama ― setiap individu perempuan berhak mendapatkan akses terhadap keperluan asas seperti tuala wanita secara percuma dan peluang pendidikan yang setara.